KUALA LUMPUR – Terengganu Football Club (TFC) telah menandatangani kontrak pemain baharu iaitu Darren Lok untuk bersama pasukan itu bagi mengharungi saingan Liga Malaysia musim 2020.
Penyerang pasukan TFC itu akan memakai jersi bernombor 14.
Menurut Darren, dia berasa gembira kerana kini telah melangkah ke arah lebih positif untuk memastikan kariernya bertambah baik di samping mendapat cabaranĀ dengan pasukan baru.
“Saya juga menyatakan amat berterima kasih buat majikan lamanya, Johor Darul Ta’zim (JDT) kerana telah memberika peluang untuk beraksi bersama pasukan itu untuk beberapa tahun dan mendapatkan pengalaman yang sangat menakjubkan di sana,” katanya dalam kenyataan di laman Facebook TFC.
Menurut Darren, sudah tentu dia telah meneliti pasukan yang akan sertai dan melihatkan TFC adalah sebuah pasukan yang profesional.
“Ini adalah langkah dan masa yang sesuai untuk cabaran baharu bersama pasukan baharu.
“Saya sangat gembira apabila telah sah menjadi pemain TFC dan ingin membalas kepercayaan yang diberikan oleh mereka.
“Dan baginya inilah peluang baginya untuk meningkatkan prestasinya dan paling utama membantu TFC menjulang piala,” katanya.
Darren pernah mewakili Kelab Eastbourne Borough di England sebelum menyertai JDT II pada 2016, JDT (2017-2018) dan kembali semula ke JDT II pada 2019.
Sepanjang kariernya itu, dia turut menjulang Piala Malaysia pada 2017 , Liga Super (2017 & 2018) bersama pasukan JDT dan menjuarai Piala Cabaran tahun lalu bersama JDT II.
Darren pernah mewakili pasukan kebangsaan pada Piala Suzuki 2016 dan kali terakhir membuat penampilan bersama skuad Harimau Malaya pada 2018. – MalaysiaGazette