Home Nasional Isteri mendiang VT Sambathan, Toh Puan Uma meninggal dunia

Isteri mendiang VT Sambathan, Toh Puan Uma meninggal dunia

KUALA LUMPUR – Isteri kepada bekas Menteri dan Presiden MIC, Tun VT Sambathan, Toh Puan Uma mengembuskan nafas terakhirnya pada pukul 1.40 tengah hari tadi.

Mendiang berusia 90 tahun dan merupakan seorang aktivis yang amat popular serta lantang sepanjang hayatnya

Berlatabelakangkan undang-undang, Uma mengabadikan dirinya dalam bersuara lantang dalam isu-isu berkaitan wanita di negara ini, malah merupakan salah seorang pengasas Majlis Kebangsaan Pertubuhan Wanita (NCWO).

Mendiang juga pernah menjawat jawatan Presiden NCWO.

Malah wanita ‘besi’ itu juga merupakan Pengerusi dan Pengarah Persatuan Koperasi Kewangan Tanah Negara (NLFC) dari 1980 hingga 1995.

Selepas itu, beliau dilantik menjadi Presiden NLFC selama setahun antara 1995 dan 1996.

VT Sambathan, yang memperjuangkan kemerdekaan bersama-sama Tunku Abdul Rahman dan Tan Cheng Lock, meruapakan  Presiden MIC ke-5.

Beliau pernah menjawat pelbagai jawatan Menteri antaranya Menteri Buruh, Menteri Kesihatan, Menteri Kerja, Pos dan Telekomunikasi serta Menteri Perpaduan Negara.

Mendiang VT Sambathan juga pernah mencipta sejarah apabila menjadi Perdana Menteri ‘sehari’ ketika Perdana Menteri Tun Abdul Razak menghadiri persidangan di Kanada dan Timbalan Perdana Menteri Tun Dr Ismail meninggal dunia.

Berita berkaitan pengebumian mendiang Uma akan menyusul sebentar lagi dengan rata-rata antaranya pemimpin India di negara melahirkan rasa dukacita. –MalaysiaGazette