Home Ekonomi Eksport Korea Selatan menguncup teruk

Eksport Korea Selatan menguncup teruk

SEOUL – Eksport Korea Selatan mengalami kemuncupan teruk pada Januari, merekodkan prestasi buruk selama 14 bulan berturut-turut.

Semikonduktor yang merupakan eksport utama negara tersebut jatuh 3.4 peratus berbanding tahun lepas.

Prestasi berkenaan diburukkan lagi dengan sentimen akibat coronavirus dan kesan daripada jumlah hari bekerja yang sedikit berbanding permintaan global yang semakin baik terhadap semikonduktor.

Jualan luar negara jatuh 6.1 peratus pada bulan pertama 2020 berbanding tempoh sama tahun lepas, demikian menurut Kementerian Perdagangan hari ini.

Purata eksport berbanding hari bekerja jika tidak mengikut kalendar bagaimanapun meningkat 4.8 peratus tahun ini.

Hanya terdapat 21.5 hari berkerja pada Januari, kurang 2.5 hari berbanding tahun lepas disebabkan perubahan pada cuti Tahun Baharu Cina.

Virus baharu yang menular di China dan seluruh dunia telah memberi kesan kepada ekonomi keempat terbesar yang sebelum itu sedang menuju pertumbuhan kukuh.

Penularan wabak berkenaan telah menjejaskan pertumbuhan ekonomi China dan dunia seali gus memberi kesan terhadap permintaan barangan Korea.

Menurut Kementerian Perdagangan, angka bulan Januari itu masih belum menunjukkan kesan akibat virus berkenaan tetapi penghantaran akan terjejas pada Februari sekiranya wabak berkenaan masih belum dikekang.- MalaysiaGazette