KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim menyeru semua Ahli Parlimen menyatakan simpati kepada Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang diserang samseng semasa menghadiri program rapat umum Armada Johor.
Hassan berkata, ini bukan kali pertama Menteri Belia dan Sukan itu diserang oleh samseng.
“Saya mohon supaya semua rakan 222 Ahli Parlimen Malaysia bangun mempertahankan hak setiap Ahli Parlimen seperti Syed Sadiq menjalankan tanggungjawabnya sebagai Menteri, sebagai Ahli Parlimen dan sebagai ahli politik sah yang dipilih oleh rakyat untuk menjalankan tugas mereka dengan aman dan selamat dari serangan pihak-pihak samseng dan gangster yang tidak bertanggungjawab,” katanya dalam kenyataan.
Pada program yang diadakan di Ulu Tiram, Johor itu Syed Saddiq bersama beberapa pemimpin Armada terpaksa melarikan diri dengan mengikuti jalan tikus dan melompat pagar gara-gara perhimpunan tertutup yang dihadirinya diganggu sekumpulan gangster upahan.
Dalam hantaran di laman Facebooknya, Menteri Belia dan Sukan itu mendakwa, kumpulan gangster berpakaian serba hitam itu telah bertindak mengepung tempat pertemuan, memekik kata-kata kesat dan insiden tersebut turut disaksikan oleh ibu bapanya yang turut hadir.
Hassan yang mendesak Polis Diraja Malaysia (PDRM) supaya menyiasat tindakan menyerang Syed Saddiq berkata, pihak berkuasa itu tidak boleh berlengah-lengah dan bertangguh-tangguh.
“Yang bersalah dan bersubahat perlu diambil tindakan dengan segera,” ujarnya sambil menambah kertas siasatan perlu segera dibuka dan jenayah serangan bersifat ganster atau samseng ini mesti disiasat.
Katanya, saksi-saksi perlu dipanggil dan pendakwaan di mahkamah mesti dilakukan supaya tiada siapa di Malaysia, yang merupakan negara berasakan hukum dan perlembagaan, boleh dibenarkan terlepas dari perlaksanaan undang-undang. – MalaysiaGazette
Lantak ko lh, rakyat tak minat nk dgr isu yg ko.cari sendiri, rakyat nk tgok ph jatuh n terkubur…kami tak nk ahli parlimen n pemimpin kami pondan , lembak dan tak bolh wat kerja…kami nk wakil rakyat yg blg buat kerja , bkn wakil rakayt yg nk cari populariti murahan…
Rakyat xsimpati pn..padan muka..
Bila gangsters PKR bertumbuk, baling kerusi tidak pula kamu semua mahu tunjuk simpati?
Kamu pun berpilih2 juga ke?
Statement mp ni mcm lah si sadiq teruk kena serang dgn pengganas..klu teruk x kan macai2 smpt amek gmbr dan panjat selamba jer..org klu teruk kena serang dh tergolek kt pagar tu atau baju koyak rabak, ni elok jer tgk siap berposing lg..hancing tul phd4pig ni