Home Nasional Wanita dan bayi maut selepas dipercayai terjun dari bangunan hospital

Wanita dan bayi maut selepas dipercayai terjun dari bangunan hospital

PDRM police Nilai stepfather drugs boy Tanjung Sepat Selangor Exco Raya celebration
Gambar hiasan.

LAHAD DATU – Seorang remaja perempuan ditemui maut bersama anaknya selepas dipercayai bertindak terjun bangunan dari tandas di tingkat enam sebuah hospital di sini, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu, ACP Nasri Mansor berkata, remaja yang dikenali sebagai Julina, 16, dan bayi perempuannya Aisyarah Gondot, berumur lima bulan ditemui cedera parah di kepala oleh pengawal keselamatan pada pukul 7.30 pagi.

Beliau berkata, siasatan mendapati bayi itu dimasukkan ke dalam wad akibat jangkitan kuman pada paru-paru sejak 11 hari lepas, namun pada pukul 7.15 pagi tadi, doktor mengarahkan supaya oksigen penafasan bayi itu boleh ditanggalkan kerana pernafasannya sudah stabil.

“Selepas itu remaja berkenaan dilihat mendukung anaknya sambil berlegar di sekitar kawasan wad dan kemudiannya dia memasuki tandas, sebelum ditemui jatuh oleh pengawal keselamatan,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Nasri berkata, remaja itu disahkan maut di lokasi kejadian oleh seorang pegawai perubatan, akibat kecederaan teruk pada bahagian kepala, badan dan kaki disebabkan hentakan selepas jatuh dari ketinggian kira-kira 60 meter.

Menurutnya polis akan menyiasat lebih lanjut punca kejadian. – Bernama