Home Politik Budaya samseng tidak selesaikan perbezaan ideologi politik

Budaya samseng tidak selesaikan perbezaan ideologi politik

Mohamad Sabu. foto SYAFIQ AMBAK, 20 DISEMBER 2019

KUALA LUMPUR – Sebarang perbezaan pandangan dan ideologi politik tidak seharusnya dibalas dengan kekerasan.

Demikian kata Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu mengulas mengenai serangan sekumpulan individu yang bersifat gangster terhadap Ketua Pemuda Pakatan Harapan (PH), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, malam tadi.

“Tindakan ganas dan samseng ini bukanlah budaya rakyat Malaysia apatah lagi ia mengganggu gugat keharmonian negara yang aman dan makmur sejak sekian lama.

“Sebaliknya ruang demokrasi yang dibuka dengan luas oleh kerajaan PH sejak Mei 2018 perlulah dimanfaatkan untuk mengemukakan hujah melalui perdebatan secara ilmiah,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Syed Saddiq yang juga Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) semalam mendakwa beliau dikepung kira-kira 200 individu yang berlagak seperti gangster ketika makan malam bersama ahli keluarga dan rakannya di sebuah restoran di Ulu Tiram.

Ahli Parlimen Muar itu turut berkata, pertemuannya bersama ahli Armada dan Srikandi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersaru) Johor itu dicemari dengan kata-kata kesat, lucah dan ugutan serta mendesaknya keluar dari Johor. – MalaysiaGazette

2 Komen

  1. budaya samseng ni berlaku bila ada penaung dan penyokong. nak bodek lah kononnya harapkan habuan. ia termasuk rasuah hati.

  2. perdebatan ilmiah pungkuk lah! Ajak Dr. Mujahid debat ilmiah TH mencirit plak lari bg mcm2 alasan…

Comments are closed.