![Air Canada](https://staging.malaysiagazette.com/wp-content/uploads/2020/02/Air-Canada-640x427.jpg)
MADRID – Pesawat Boeing 767 Air Canada dengan 128 orang penumpang dan anak kapal berpatah balik ke Lapangan Terbang Barajas dengan selamat selepas mengalami masalah enjin dan tayar pecah.
Kapal terbang itu terpaksa membuat pusingan berjam-jam untuk melepaskan minyak sebelum mendarat.
Rakaman televisyen Reuters menunjukkan Boeing Co 767-300ER, yang telah meninggalkan Lapangan Terbang Adolfo Suarez Madrid-Barajas ke Toronto kira-kira empat jam sebelum itu, mendarat dengan selamat dan enjin terbakar.
“Pesawat itu mendarat tanpa sebarang insiden dan mekanik menilai keadaannya untuk menentukan cara terbaik untuk menurunkan penumpang,” kata pengendali lapangan terbang AENA.
“Pendaratan yang menakutkan, tetapi ia berjaya melakukannya. Terima kasih atas semua mesej dan doa,” menurut Twitter seorang penumpang yang dikenal pasti sebagai Aaron C. @ thelastfedor.
Air Canada dalam kenyataannya berkata, pesawat berkenaan berlegar-legar di udara selama empat jam ‘untuk mengurangkan minyak dan memastikan pesawat ringan bagi membolehkan ia mendarat dengan selamat’ di Madrid selepas timbul masalah enjin.
Salah satu daripada 10 tayarnya pecah.
“Pesawat itu, Boeing 767-300, direka untuk beroperasi dengan selamat dengan satu enjin dan kami memiliki juruterbang profesional dan terlatih sepenuhnya bagi melalui detik-detik ini,” kata Air Canada.
Tambahnya, semua penumpang dilaporkan selamat dan tiada kecederaan berlaku.
Awal Isnin, media sosial mendedahkan rakaman gambar pesawat berkenaan yang berada kurang satu kilometer dari Madrid.
Kejadian itu berlaku selepas beberapa jam sebuah dron dikesan berhampiran kawasan perlepasan di lapangan terbang berkenaan hingga menyebabkan 26 pesawat lain terpaksa dialihkan dari Barajas. – MalaysiaGazette