Home Politik Lokman mengaku rakaman audio Zahid tulen

Lokman mengaku rakaman audio Zahid tulen

Datuk Lokman Noor Adam.

KUALA LUMPUR – Datuk Lokman Nor Adam mengaku bertanggungjawab merakam sendiri ucapan Presiden UMNO sebelum ditularkannya.

Semalam, Ahli Majlis Tertinggi UMNO itu membantah niat Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang didakwanya mahu menjalinkan kerjasama membentuk kerajaan ‘pintu belakang’ dengan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Bagaimanapun, Lokman menegaskan, rakaman ucapan Ahmad Zahid itu bukan dibuat semasa mesyuarat MT UMNO seperti dakwaan sesetengah pihak.

“Ya, saya sendiri rakam masa tengah mesyuarat tapi bukan mesyuarat MT macam dakwaan Datuk Shamsul Anuar Nasarah,” ujarnya dalam video yang dimuatnaiknya hari ini.

Menurut Lokman, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hadir pada mesyuarat parti yang dipengerusikan Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman.

“Lepas dia (Ahmad Zahid) lepas balun saya, saya rakam la tapi alhamdulilah masa balun saya dia terkeluar kenapa mereka hendak bekerjasama dengan Tun Mahathir (Mohamad),” ujarnya lagi.

Beliau juga mendakwa tidak membangkitkan perkara itu melalui platform parti kerana tidak ada keyakinan lagi kepada mesyuarat MT UMNO.

Apa pun, katanya, Ahmad Zahid tidak boleh lagi menyembunyikan perkara itu kepada umum selepas mesyuarat MT UMNO pada 7 Januari ini.

Dalam masa yang sama, Lokman juga menafikan dirinya orang upahan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mahu merosakkan UMNO dari dalam termasuk mengkritik Ahmad Zahid. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Pastikan audio Zahid tulen, baru kita boleh komen – Pemuda Pas

3 Komen

  1. Lokman ni barua PH agak nye.. Hbs rahsia umno di uar2 kan pd umum.. Lokman x layak duduk di MT umno.. Merosakkan parti keramat melayu… Pecat ja lokman ni jgn di simpan tali barut PH ni

  2. Bersih kan betul2 umno jika ingin kembali berkuasa. Buang yg berkepentingan utk diri dan yg merosakkan parti.

  3. Bukan barua…betullah apa yg dia buat rasanya..ahli atasan mngkin kebanyakkan tak setuju..Tp pd kami ,ahli bawahan,,,setuju 100%melayu berpecah sebab utama TUN M.jika dia ada kesabaran,melayu takkan berpecah camni.sebab kuasa snggup join DAP.Apa MT UMNO x nmpak ke??tak ckup ke 5 PRK…RAKYAT protes…bila dia dh tersepit pndai pulak cari Umno&Pas…baru2 menang tu ari bukan main caci….

Comments are closed.