KUALA LUMPUR – Peserta program Pencetus Ummah (PU) Amin mendakwa usahawan kosmetik, Nur Sajat atau nama sebenarnya, Muhammad Sajjad Kamaruzzaman masih berada di Masjidil Haram.
Dia memberitahu, rakan-rakannya jemaahnya terserempak Sajat dan rakannya yang masih bertudung ketika mengerjakan rukun Saie.
Namun mereka tidak sempat mengambil gambar Sajat yang berada di situ.
Justeru, PU Amin meminta terutama muslimah di sana berhati-hati dan menjaga aurat kerana bimbang ia tercemar.
Bagaimanapun sebahagian jemaah di sana sudah membuat laporan polis mengenai kelakuan Sajat itu.
Pun begitu, PU Amin masih berharap agar hati Sajat terbuka dan menerima hidayah daripada-Nya untuk berubah dan kembali kepada Allah.
“Allah aturkan semua yang berlaku dan tidak berlaku atas muka bumi ini . Sebesar mana dosa manusia pasti ada jalan pulang. Allah Maha Pengampun.
“Cuma untuk mendapat pengampunan dari Allah perlu mujahadah yang besar. Saya percaya Kaabah akan buat hati Sajat dan kawan kawannya lembut dan getar.
“Kita doakan agar Allah hantarkan kasih sayang-Nya. Soal tindakan dan undang-undang, itu akan disempurnakan oleh pihak berkuasa. Kita pula, cukup sekadar doa dan doa. Jangan mencaci. Insya-Allah percayalah, ada lah tu benda baik Allah nak bagi,” tulisnya dalam kapsyen. – MalaysiaGazette