Home Politik Saifuddin anggap desas-desus pemecatan Zuraida spekulasi biasa

Saifuddin anggap desas-desus pemecatan Zuraida spekulasi biasa

Saifuddin Nasution Ismail

PUTRAJAYA – Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menganggap desas-desus yang mengatakan Naib Presiden parti itu, Zuraida Kamaruddin akan dipecat pada bulan ini sebagai satu spekulasi biasa.

Katanya, beliau menyerahkan perkara itu kepada pihak Lembaga Disiplin parti untuk membuat sebarang keputusan dan tidak boleh mengulas mengenai perkara itu.

“Saya tak boleh beri komen bagi pihak Lembaga Diplin. Perkara itu sudah pun masuk dalam tanggungjawab Lembaga Disiplin.

“Dia (Zuraida) telah diberikan surat tunjuk sebab dan beliau telah menjawab dan lembaga disiplin akan menentukan masa untuk memanggil beliau dan saksi-saksi, itu prosesnya.

“Jadi kalau berlegar apa juga pandangan anggap itu sebagai satu spekulasi biasa,” katanya.

Saifuddin berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai dakwaan bahawa Zuraida yang juga Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan akan dipecat oleh parti bulan ini.

Maklumat itu diketahui selepas berlegarnya satu pesanan menerusi aplikasi WhatsApp yang didakwa disampaikan oleh seorang pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR.

Malah, menurut sumber dalaman PKR, Zuraida yang merupakan Ahli Parlimen Ampang akan menjadi mangsa pemecatan selepas bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim ketika berlakunya kemelut dalaman parti berkenaan hingga tercetusnya langkah Kajang pada 2014. – MalaysiaGazette

Zuraida dipecat bulan ini?

Pecat Zuraida ulang Langkah Kajang?