NEW YORK – Harga minyak susut kira-kira 1% berikutan kebimbangan peningkatan wabak koronavirus akan menjejaskan permintaan terhadap bahan bakar itu dalam jangka panjang.
Minyak mentah Brent didagangkan pada AS$ 53.96 setong, turun AS$0.49 atau 0.9%, sementara West Texas Intermediate (WTI) ditetapkan pada AS$ 49.61 setong, susut AS$0.50 atau 1%.
Kedua-dua tanda aras berada pada tahap terendah sejak Januari 2019.
“Saya fikir ketakutan terhadap permintaan terus mempengaruhi pasaran,” kata Gene McGillian, Naib presiden penyelidikan pasaran di Tradition Energy di Stamford, Connecticut.
Minyak turun dengan mendadak dalam tempoh dua minggu kebelakangan kerana kebimbangan kesan koronavirus yang merebak di China ke atas ekonomi global.
Pada awal dagangan, harga minyak melonjak lebih tinggi dengan harapan pengurangan pengeluaran oleh OPEC dan sekutu-sekutunya, terrmasuk Rusia. – MalaysiaGazette