KUALA LUMPUR – Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) menafikan mengenai kenyataan dan video viral yang telah tersebar melalui media sosial yang menyatakan “Corona Virus dah mendekat dengan kawasan Desa Tebrau’.
Menurutnya, kenyataan tersebut tidak benar sama sekali.
Berikutan itu, JKNJ telah membuat laporan polis berkaitan kenyataan viral tersebut.
Orang awam diminta tidak menyebarkan viral yang tidak sahih ini kerana ianya akan mengakibatkan situasi panik dalam kalangan masyarakat.
Katanya, penyebaran berita palsu begini boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara tidak melebihi tempoh satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas ia disabit. – MalaysiaGazette