Home Ekonomi MoF rangka pakej ekonomi tangani kesan koronavirus

MoF rangka pakej ekonomi tangani kesan koronavirus

Lim Guan Eng

KUALA LUMPUR – Kementerian Kewangan (MoF) dipertanggungjawabkan oleh Kabinet untuk merancang pakej rangsangan ekonomi untuk menangani impak ekonomi akibat wabak koronavirus ini.

Menterinya, Lim Guan Eng berkata, pakej itu akan diumumkan pada suatu tarikh yang akan ditetapkan.

Menurut beliau, kementerian tersebut akan mengadakan perbincangan bersama Kementerian Hal Ehwal Ekonomi (MEA), Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) dan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI),
serta pihak industri dan syarikat-syarikat perkhidmatan yang berkenaan untuk mendapatkan input dalam perancangan pakej rangsangan ekonomi. – MalaysiaGazette