Home Sukan Serena perlu tukar strategi permainan

Serena perlu tukar strategi permainan

Serena Williams perlu menukar strategi permainan atas gelangang di masa akan datang kembai menemui rentak atas gelanggang dan tambah gelaran.

NEW YORK – Pasukan kejurulatihan Ratu tenis, Serena Williams bercadang untuk mengubah strategi permainannya kerana kegagalan memenangi gelaran Grand Slam sejak kembali ke gelanggang .

Jurulatihnya, Patrick Mouratoglou berkata pertukaran strategi permainan Serena perlu dilaksanakan serta merta dengan strategi baharu.

Juara 23 kali Grand Slam yang berasal dari Amerika Syarikat itu tewas dalam pentas final empat kejohanan utama sejak melahirkan bayi perempuan pada September 2017.

Bulan Lalu Serena dimalukan dalam pusingan ketiga Tenis Terbuka Australia.

“Kita perlu menerima hakikat bahawa strategi permainan sedia ada tidak lagi berkesan untuk Serena. Mungkin kita akan kembali dengan sudut lain dengan strategi pendekatan berbeza dan gol berbeza yang dia boleh lakukannya,” katanya lagi.

Malah dia percaya pada rekod kemenangan dan pada masa sama rasa negatif juga sebab gagal menang sebarang Grand Slam musim ini.

“Terdapat beberapa perkara yang memerlukan penukaran,” kata jurulatih tersebut.

Serena ditewaskan oleh pemain China Wang Qing yang menduduki rangking ke 27 dunia.

Pada Januari lalu dia berjaya menjulang gelaran ke-73 dalam kariernya di KLasik Auckland.-MalaysiaGazette