Home Ekonomi Kilang Honda, Toyota di Wuhan ditutup hingga minggu depan

Kilang Honda, Toyota di Wuhan ditutup hingga minggu depan

Gambar hiasan

TOKYO – Honda Motor Co akan menggantung kilang pengeluarannya di Wuhan, China hingga 13 Februari ini.

Akhbar Nikkei berkata, syarikat automotif ketiga terbesar Jepun itu kemungkinan melanjutkan penangguhan operasi sehingga akhir bulan ini.

Langkah itu dibuat susulan penularan wabak konoronavirus di Wuhan.

Toyota Motor Co juga mengumumkan perkara sama dengan memaklumkan operasi kilangnya di Wuhan digantung sehingga 16 Februari. – MalaysiaGazette