Home Nasional Boleh anti PH tetapi jangan tulis berita palsu, Guan Eng beri amaran

Boleh anti PH tetapi jangan tulis berita palsu, Guan Eng beri amaran

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng menunjukkan keratan akhbar The Star dan Sinchew Daily pada sidang media khas di Kompleks Kementerian Kewangan, Putrajaya. foto SYAFIQ AMBAK, 07 FEBRUARI 2020.

PUTRAJAYA- “Boleh anti Pakatan Harapan, boleh anti kerajaan Persekutuan tetapi jangan siarkan berita palsu,” kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng memberi amaran kepada akhbar Sinchew Daily dan The Star.

Kedua-dua akhbar itu dikatakan membuat laporan palsu kononnya Pakatan Harapan sedang menuju kehancuran.

Beliau yang kelihatan sangat marah itu mengingatkan semua media supaya memberi tumpuan kepada cabaran-cabaran ekonomi terutamanya penularan wabak koronavirus ketika ini dan bukannya menyiarkan laporan sedemikian.

“Biarlah kita menyatupadukan rakyat untuk mengambil cabaran terkini.

“Kerajaan ini adalah kerajaan Pakatan Harapan. Noktah.

“Kedua-dua akhbar ini mempunyai kepentingan politik masing-masing dan mempunyai agenda dan motif politik masing-masing tetapi ini bukan masanya.

“Saya yakin tiada sebarang usaha yang dibuat Perdana Menteri ketika ini (untuk menubuhkan kerajaan “pintu belakang”) kerana kami kerap berjumpa beliau.

“Biar kita beri tumpuan kepada ekonomi,” katanya semasa sidang media di kementeriannya di sini hari ini.

Sidang media tersebut turut dihadiri oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Saifuddin Nasution.

Ini bukan pertama kali Guan Eng memberi amaran kepada The Star dan Sin Chew dalam sesi sidang medianya namun kali ini, Setiausaha Agung DAP itu nampaknya sudah betul-betul hilang sabar.

Beliau turut membawa keratan akhbar laporan Sinchew Daily yang bertajuk “Pakatan Harapan sedang menuju kehancuran” tulisan Timbalan Pengarangnya, Tay Ting Yan dan The Star bertajuk “Possible revamp on the horizon” tulisan wartawan kanannya, Joceline Tan. – MalaysiaGazette

 

4 Komen

  1. Alala rupanya cina pun mudah lupa. Woi berita palsu dulu yg korang buat dan momokkan dekat rakyat tu ape cer?

Comments are closed.