PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan pertambahan satu lagi kes baharu 2019 novel coronavirus (2019-nCoV) disahkan positif di negara ini sekaligus menjadi jumlah keseluruhan sebanyak 15 kes sehingga hari ini.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, kes tersebut membabitkan seorang pelancong wanita warganegara China berasal dari Wuhan.
Kesemua jangkitan “korona virus” datang dari luar terutama pelawat dari Singapura/China. Yang hairanya jika keselamatan/kebajikan rakyat Malaysia diutamakan kenapa tidak ditutup saja sempadan kita pada pelawat China yang masuk melalui Singapura? Pada hari ini adalah mustahil sama sekali negara China yang begitu besar dan ramai penduduknya “corona virus” tidak tersebar. Kita nak tunggu sehingga Beijing,Shanghai, Tianjin, Shenzhen, Shenyang atau Chongqing dilanda malapetaka “corona virus” baru kita nak mengadah? Malaysia jangan terlalu bongkak puji diri sendiri bahawa kita kononya adalah negara ASEAN yang paling maju dalam menangani wabak penyakit. Klau dibandingkan antara polisi dari Putra Jaya dengan polisi Sabah , nampak Sabah lebih prakmatik dalam menjaga keselamatan rakyatnya. Putra Jaya masih terhegeh hegeh lapar duit pelawat China macam kita ni dok tunggu sedekah mereka saja untuk hidup. Tahun Melawat Malaysia 2020 tanpa diduga bertemu dengan “2019-nCoV” apa boleh buat? Kita tak salahkan kerajaan. Tetapi jika kita masih berdegil kebulur duit orang China tu sehingga mengancam kesihatan rakyat Malaysia, tak kira kerajaan mana PH ke BN ke mesti dilaqnat oleh rakyat Malaysia.( Setakat 8/Feb/20 : kematian 724, Jumlah kes : 34,878)