Home Politik Semua pihak boleh jumpa Perdana Menteri – Tuan Ibrahim

Semua pihak boleh jumpa Perdana Menteri – Tuan Ibrahim

Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man
Tuan Ibrahim Tuan Man

KUALA LUMPUR – Semua pihak sama ada parti kerajaan mahupun pembangkang mempunyai hak untuk berjumpa dengan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sama ada secara terbuka mahupun secara sulit.

Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menegaskan, parti Islam itu tiada hak untuk menyekat mana-mana pihak untuk bertemu dengan Perdana Menteri, termasuk rakan sekutunya, UMNO.

“Jumpa Perdana Menteri ini bagi kita, biasa saja, semua pihak boleh berjumpa dengan Perdana Menteri.

“Siapa-siapa nak jumpa Perdana Menteri itu hak dia, bagi kita, kita tiada hak untuk menyekat,” katanya pada sidang media di ibu pejabat Pas Pusat, di sini, hari ini

Beliau mengulas pertemuan sulit antara Perdana Menteri dan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang antara bertujuan untuk melamar UMNO menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) untuk membentuk Pakatan Nasional.

Dalam pada itu, Tuan Ibrahim mengesahkan bahawa Pas tidak pernah menerima lamaran sama yang diterima UMNO dan sekiranya wujud, pihaknya perlu berbincang dalam Muafakat Nasional.

“Cuma Muafakat Nasional kita dengan UMNO-Barisan Nasional (BN), apa-apa perbincangan pun kita mesti putus bersama Pas dengan UMNO dalam Muafakat Nasional.

“Cuma keputusan kita bersama, apa-apa keputusan mesti bersama Pas dengan UMNO,” katanya lagi. – MalaysiaGazette