Home Ekonomi Insentif RM2,500 kepada warga emas palsu – KWSP

Insentif RM2,500 kepada warga emas palsu – KWSP

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja

Dakwaan kononnya kerajaan menyediakan insentif RM2,500 kepada warga emas dan menggesa ahli mengeluarkan wang itu daripada akaun Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebelum 31 Disember ini adalah palsu.

KWSP berkata, insentif yang didakwa khusus untuk warga emas berusia 55 tahun ke atas itu disebarkan melalui satu mesej audio WhatsApp.

“Maklumat ini adalah palsu dan insentif yang disebut di dalam mesej tersebut tidak wujud,” menurut KWSP dalam kenyataan di sini.

KWSP menambah, pihaknya memandang serius tindakan tidak bertanggungjawab itu yang sengaja mahu mengelirukan orang ramai.

Sehubungan itu, ahli KWSP dinasihat tidak terpengaruh dengan maklumat palsu berkenaan dan tidak menyebarkan mesej itu.

Ahli-ahli KWSP boleh mengunjungi laman web KWSP di www.kwsp.gov.my atau menghubungi Pusat Pengurusan Perhubungan di talian 03-89226000 bagi mendapatkan maklumat lanjut. – MalaysiaGazette