KUALA LUMPUR – Orang ramai terkejut dan gembira apabila Datuk Seri Najib Razak datang ke kuil Batu Caves, lawatan yang dilakukan setiap tahun oleh bekas Perdana Menteri itu sempena Thaipusam.
Najib yang tiba sekitar 2.45 petang tadi memakai pakaian tradisional ‘kurta’ berwarna krim itu tampil bersahaja walaupun dikerumuni puluhan ribu, ada juga melaungkan ‘Bossku’
Masyarakat India daripada pelbagai peringkat usia begitu teruja dengan kehadiran Najib mengambil kesempatan bersalaman dan mengucapkan terima kasih kepadanya kerana hadir memeriahkan sambutan Thaipusam kali ini.
Kehadiran Ahli Parlimen Pekan itu turut di alu-alukan oleh Pemegang Amanah dan Jawatankuasa Kerja Sri Subramaniyar Swamy, Datuk Sivakumar Nadarajah, Timbalan Presiden MIC, Datuk Seri M Saravanan, selain daripada ahli jawatankuasa lain.
Najib juga sempat membeli manisan serta makanan kegemaran beliau di beberapa gerai berhampiran.
Seorang pengunjung yang enggan dikenali berkata, beliau sekeluarga begitu gembira melihat Najib di situ.
Katanya, kehadiran Najib bukan sahaja memeriahkan sambutan itu tetapi membuatkan masyarakat India rasa begitu dihargai.
Ironinya, setakat petang ini tiada pula kunjungan oleh mana-mana pemimpin India Pakatan Harapan.
Najib juga sempat mengadakan pertemuan dengan Presiden Kuil Sri Maha Mariamman Devasthanam, Tan Sri R Nadarajah serta ahli jawatankuasa lain, selain sempat berjalan-jalan di sekitar selama lebih setengah jam.
Terdahulu, bekas Presiden MIC merangkap bekas Menteri, Tun S Samy Vellu juga hadir ke sambutan Thaipusam ke Batu Caves.
Ketika ini, beribu-ribu penganut Hindu masih lagi membawa kavadi, belanga susu dan lain-lain bagi membayar nazar serta mendapat restu Dewa Muruga di kuil ini walaupun keadaan panas terik.
Jangkaan seramai lebih 1.6 juta pengunjung hadiri sambutan Thaipusam pada tahun ini di kuil Sri Subramaniyar Swamy Batu Caves.
Selama ini, sambutan Thaipusam bukan saja dianggap sekadar upacara keagamaan tetapi menjadi platform utama tarikan negara ini yang tercatat dalam kalendar pelancongan Malaysia.
Kemeriahan sambutan perayaan Thaipusam mula dirasai sejak malam kelmarin apabila ribuan penganut Hindu mengikuti perarakan berhala membawa Dewa Murugan dari Kuil Sri Maha Mariamman di Jalan Tun HS Lee di sini ke Kuil Sri Subramaniyar Swami di Batu Caves. –MalaysiaGazette
bagus lah najib datang. boleh ganti dewa muruga macam ayah pin. tahun depan boleh sediakan satu bilik untok najib istirahat
Fikir yg baik2..dpt pahala..
Jgn mengata org nanti balik pada diri sendiri
U are ✓
Kawan kita diatas tu.(baso).dia tak suka mengata. Cuma dia nk berkata.@ cerita pada kita. Yg dia sangat.suka.minum bekas air kaki ayapin. Munkin juga. dia malu nk bgtau. Yg dia memang darah daging.anak cucu ayapin agaknya. sebab dia tau..semua cerita.dalam kain org.dan luar kain org.ada berapa helai bulu..munkin dia nk buat zimat.untuk jadi ahli mesyuarat tingkap…tahnia..!
Sebagai orang islam kena tahu adab & batas kepada perkara yg boleh diraikan pada agama lain.
Bab sajat apabila berpakaian telekung di bumi makah & madinah, berpuluh-puluh uztad bahkan mufti dgn lantang nya mengkritik sajat, padahal kita tahu & sajat mengakui bahwa dia sendiri tidak memang jahil.
Ini bekas Perdana menteri Malaysia.
Orang terpelajar..
Kalau nak cari sokongan politik, jgn lah gadai kan iman & islam
Ariff Abdul Muluk.. Dalam Islam adakah Salah DSN menghadiri perayaan thaipusan.. Menghadiri perayaan.. Bukan menghadiri majlis keagamaan.. Fahamkan betul².. Mana awak belajar agama ni.. apa yg DSN buat tu slh dlm agama islam.. Ajaran syiah ke.. Yg sya tau adalah harus.. Belajar agama tinggi² tak guna kalau tidak tau hukum hakam.. Nilai diri sendiri dulu sebelom nak nilai perbuatan org lain.. TQ