Pas percaya Speaker Dewan Rakyat akan menerima usul undi percaya yang akan dikemukakan parti itu pada sesi persidangan Mac ini.
Bendahari Pas Pusat yang juga Yang Dipertua Pas Kawasan Pandan, Datuk Iskandar Abdul Samad berkata, usul itu sebagai sokongan parti berkenaan kepada Tun Dr. Mahathir Mohamad untuk kekal sebagai Perdana Menteri sehingga habis tempoh lima tahun.
Katanya, sebelum ini Pas ada mendengar ura-ura pihak sebelah sana akan mengemukakan usul undi tidak percaya kepada Dr. Mahathir, tetapi sehingga sekarang tidak dilakukan.
“Kita akan bawa usul percaya pada Dr. Mahathir dalam masa terdekat ini (Mac ini). Sebab kita tunggu mereka nak bawa usul undi tidak percaya, tapi tidak bawa.
Hahaha terbaikkkkk lah PAS caya sama lu…
Gelabah beruk akan belaku klu pas usul kan undi pecaya.ph pasti akan x masuk dewan.