Home Dunia Koronavirus kini dikenali sebagai NCP

Koronavirus kini dikenali sebagai NCP

Gambar hiasan

BEIJING – Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaan China menamakan virus yang sedang mengganas di negara itu sebagai novel coronavirus pneumonia atau NCP.

Nama itu akan diguna pakai oleh China sehingga nama kekal untuk jangkitan itu dikenal pasti, menurut South China Morning Post.

Dalam pada itu, seramai 86 dilaporakan meninggal dunia akibat virus itu.

Sejumlah 3,399 lagi kes jangkitan dilaporkan pada hari ini.

Ia menjadikan jumlah kes yang disahkan meningkat kepada 34,546.

Kes kematian dicatatkan sebanyak 81 di Hubei menjadikan jumlah kematian di China menjadi 722.

Manakala jumlah kes baru jangkitan di Hubei sebanyak 2,841 – setakat ini wilayah ini mengesahkan 24,953 kes dan 699 kematian.

Manakala jumlah kes kematian di seluruh dunia sebanyak 724 dan 35,000 jangkitan. – MalaysiaGazette