Home Dunia Koronavirus: Lebih 70 pempamer tarik diri sertai Pertunjukan Udara Singapura

Koronavirus: Lebih 70 pempamer tarik diri sertai Pertunjukan Udara Singapura

SINGAPURA – Lebih 70 pempamer menarik dari daripada menyertai Pertunjukan Udara Singapura berikutan kekhuatiran terhadap penularan wabak koronavirus.

Bilangan tiket untuk orang awam yang ditawarkan dikurangkan setengah berbanding yang ditawarkan pada 2018 bagi menghadkan jumlah pelawat, kata penganjur pertunjukan itu.

Beberapa pempamer utama, termasuk Lockheed Martin Corp dan Raytheon Co telah menarik diri berikutan kebimbangan terhadap virus tersebut, lapor Reuters.

Pengarah Urusan Experia Events, Leck Chet Lam memberitahu wartawan bahawa bilangan syarikat yang tidak akan hadir adalah lapan peratus daripada syarikat yang telah mendaftar untuk pertunjukan yang akan diadakan pada 11 hingga 16 Februari ini.

Beliau berkata, bilangan pesawat yang akan dipamerkan juga lebih rendah daripada tahun 2018, dengan jangkaan antara 40 hingga 45 pesawat akan dipamerkan.

Terdapat 40 kes koronavirus yang telah disahkan di Singapura. – Agensi