Datuk Seri Johari Abdul Ghani menganggap Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Puad Zarkashi hanya memberikan pandangannya berhubung langkah pemecatan Datuk Lokman Noor Adam sebagai ahli UMNO oleh Majlis Kerja Tertinggi (MKT) parti.
Beliau menyifatkan Puad menyuarakan apa yang berlaku semasa mesyuarat dihadirinya pada Jumaat lalu.