Home Nasional Koronavirus: Lelaki Warga China dibenar keluar HKL

Koronavirus: Lelaki Warga China dibenar keluar HKL

Dr. Noor Hisham Abdullah

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki warga China yang menjalani rawatan di wad isolasi Hospital Kuala Lumpur (HKL) kerana jangkitan novel koronavirus 2019 (2019-nCov) telah pulih sepenuhnya dan dibenarkan pulang.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, mangsa yang berusia 63 tahun diberi rawatan bagi gejala (symptomatic treatment) iaitu tanpa ubat antiviral.

“Dua kali ujian nCov pada 7 dan 8 Februari adalah negatif. Pesakit dibenarkan pulang petang ini. Alhamdulilah,” katanya menerusi akaun Twitter.

Semalam, seorang lelaki warga China yang dimasukkan ke wad isolasi Hospital Permai, Johor Bahru pada 24 Januari lalu dibenarkan pulang selepas keputusan ujian ulangan ketiga didapati negatif. – MalaysiaGazette

2 Komen

  1. Sakit otak, kanser, stroke, payudara, darah tinggi, penyakit berjangkit, deman denggi, selsema babi adalah penyakit, ada berbagai2 jenis penyakit.

    Suatu masa dahulu rakyat dikejutkan dengan berita2 seorang pesara kerajaan yang melancung di England terkandas dihospital sana kerana punyai tunggakan bil sejumlah RM1 juta, tak berapa lama kemudian kejadian yang sama berlaku di US, pelancong Malaysia terkandas dihospital sana kerana punyai tunggakan bil RM900K, kes yang sama berlaku di Australia, gagal melunaskan bil hospital RM800K, tak lama kemudian kes yang sama berlaku di Korea Selatan. Ini adalah contoh2 sahaja, nak tahu details pi goggle sendiri!

    Bercakap berkenaan bil2 hospital ni, rakyat nak tahu pelancung2 cina yang ramai2 masuk hospital kerajaan, mereka ni dikenakan bayaran ke atau tidak? Secara percuma ke apa?

    Tanye je?

Comments are closed.