KUALA LUMPUR – Rakaman audio perbualan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dengan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor dimainkan di Mahkamah Jenayah di sini hari ini ketika perbicaraan hari ke-3 kes projek tenaga solar di 369 sekolah di Sarawak.
Audio tersebut dimainkan oleh pihak pendakwaan untuk meminta bekas Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid membuat pengecaman suara kedua-dua individu tersebut dalam perbualan panggilan telefon yang pernah didedahkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebelum ini.
Mahdzir kemudian mengesahkan kedua-duanya adalah suara Najib dan Rosmah.
Bagaimanapun tindakan untuk meminta pengesahan daripada pihak pendakwaan dibantah oleh peguambela Rosmah, Jagjit Singh.
Beliau meganggap pihak pendakwaan sepatutnya memberikan mereka masa untuk meneliti bukti yang baharu yang diberikan kepada mahkamah hari ini.
Bagaimanapun pendakwaraya utama, Datuk Seri Gopal Sri Ram pula berkata, pihaknya hanya mahu mendapatkan pengesahan sahaja.
Selepas itu, tidak ada soalan lanjut berkaitan dengan rakaman audio tersebut selepas itu.-MalaysiaGazette