Home Nasional Kes Sajat hanya isu kecil, kata Mujahid

Kes Sajat hanya isu kecil, kata Mujahid

Dr Mujahid Yusuf

KUALA LUMPUR – Kes pengusaha kosmetik, Muhammad Sajad Kamaruzzaman atau dikenali Sajat yang mengerjakan umrah dengan mengenakan telekung hanya satu isu kecil.

Bagaimanapun Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Mujahid Yusof enggan mengulas lanjut ketika ditanya apa tindakan yang akan diambil terhadap Sajat.

“Isu Sajat ini sudah jadi isu kecil…tiada (komen),” katanya kepada pemberita selepas Forum Kepercayaan Dalam Komanwel di Insitut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam di Taman Duta hari ini.

Rakaman audio Dr Mujahid ketika ditanya tentang kes Sajat:

Artikel berkaitan: Mujahid didesak ambil tindakan tegas terhadap Sajat

Pada 2 Februari lalu, tular gambar Sajat bersama keluarga dan dua rakannya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sebelum berangkat ke tanah suci Mekah bagi mengerjakan ibadat umrah.

Sajat bersama dua rakannya kelihatan mengenakan jubah lelaki sebelum berangkat, bagaimanapun sebaik sahaja berada di Makkah, beliau menukar penampilannya sebagai jemaah wanita yang lengkap bertelekung.

Artikel berkaitan: Kelakuan Sajat beri imej buruk kepada agama – Mujahid

Sebelum ini, Mujahid turut melahirkan rasa kecewanya dengan tindakan Sajat dan rakan-rakannya yang telah mencemar imej Islam dan hubungan baik Malaysia dengan Arab Saudi. – MalaysiaGazette

2 Komen

  1. Masalah kecil pas nie semua maknyah leh gi umra/haji pakai telekong sembahyang dengan muslimah kat masjidil haram kat masjid nabi duduk sebilik kakak2 makcik2 anakdara2 tak dak hal lah ini kicik punya hal ..

  2. Dulu punya lah marah lpas tu jadi isu kecil pula.. Sejak bila golongan lgbt ni jadi isu kecil. Ambil iktibar lah drpd kisah kaum nabi lut. Nak kene azab mcm tu skali ke. Sajat ni pon dh kira mempersendakan agama ni. Punya teruk isu ni mujahid boleh kate isu kecil. Ape punya pendirian lah mnteri agama ni.

Comments are closed.