Home Utama Kerajaan pintu belakang Pakatan Nasional bakal cetus dominasi Islam – Guan Eng

Kerajaan pintu belakang Pakatan Nasional bakal cetus dominasi Islam – Guan Eng

Lim Guan Eng

KUALA LUMPUR – Pembentukan Pakatan Nasional bagi membenarkan Pas dan Barisan Nasional (BN) mengambil alih Pakatan Harapan (PH) dan Kerajaan Malaysia menerusi pintu belakang adalah bahaya kepada rakyat Malaysia.

Ini kerana, pakatan itu akan didominasi oleh Muslim dalam Kerajaan Persekutuan, secara terbuka menentang Perlembagaan Persekutuan dan institusi demokratik serta bukan Islam.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, Pas dengan jelas dan tegas menyatakan parti itu tidak mahu bukan Islam sebagai Menteri Kabinet, terutamanya dalam jawatan utama seperti Kementerian Kewangan, walaupun tidak ada larangan sedemikian dalam Perlembagaan Persekutuan.

“Politik bahaya, yang memecah belah dan membinasakan dengan kenyataan-kenyataan ekstremis dan perkauman oleh pemimpin-pemimpin Pas dan UMNO secara konsisten ini turut dikecam oleh MCA dan MIC,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Guan Eng yang juga Menteri Kewangan itu menyenaraikan apa yang didakwa sebagai politik bahaya dan memecahbelahkan.

Antaranya, dakwa beliau, penentangan pembiayaan sekolah vernakular;  desakan supaya sekolah itu ditutup; boikot produk dan perniagaan bukan Islam;  menghalang bukan Islam menjadi Menteri Kabinet; menghalang hak kaum India dan Cina untuk mengundi; penghinaan terhadap perayaan dan amalan agama bukan Islam; dan menyebarkan kebohongan palsu terhadap orang bukan Islam kerana mereka bukan Islam.

Ahli Parlimen Bagan itu mendakwa, akhbar-akhbar utama yang bersandar kepada parti-parti pembangkang seperti The Star dan Sin Chew Jit Poh pula masih mengembar-gemburkan Pakatan Nasional sebagai Kerajaan Persekutuan baru walaupun mengetahui pakatan itu akan memadamkan hak sedia ada pembaca bukan Islam dan bukan Melayu mereka sendiri.

Guan Eng berkata, permusuhan pemimpin Pas yang tidak terkawal terhadap pemimpin-pemimpin dan teknologi moden Barat akan menggelapkan masa depan Malaysia seperti di Kelantan, yang mana satu-satunya perkara moden yang dimiliki adalah kereta Mercedes Benz dan bonus para pemimpin sebanyak RM50,000 lebih penting berbanding kemampuan membayar gaji pegawai kerajaan mereka sendiri.

Artikel berkaitan: MT UMNO bincang Muafakat Nasional bukan pakatan nasional – Bung Moktar

Guan Eng menambah, PH adalah satu-satunya gabungan yang mewakili semua rakyat Malaysia dan menolak rasis dan pelampau agama yang cuba mendapatkan semula kuasa selepas kehilangnya akibat rasuah dan salah urus ekonomi dengan mensasarkan bukan Melayu dan bukan Islam.

“PH mahu kesejahteraan bersama yang termasuk tidak eksklusif kepada hanya satu kumpulan.

“Masa itu bukan sahaja bukan Melayu dan bukan Islam tetapi semua rakyat Malaysia perlu berdiri teguh berdasarkan demokrasi, kedaulatan undang-undang, prestasi dan integriti yang menghormati dan melindungi rakyat, tanpa mengira kaum, agama, geografi dan demografi.

“Menjadi sederhana adalah berbaik-baik bukannya berkonfrontasi,” ujarnya.

Katanya, bersederhana menjadikan rakyat Malaysia lebih kuat bersama bukan hanya dengan bekerjasama antara satu sama lain untuk menyelesaikan masalah sebagai satu negara dan satu bangsa,

“Tumpuan utama DAP sentiasa membantu ibu bapa untuk melindungi keluarga mereka, memperbaiki diri ekonomi, mengurangkan kos hidup, menjana taraf hidup yang lebih tinggi dan memastikan masa depan lebih baik untuk anak-anak agar mereka dapat hidup lebih baik daripada ibu bapa mereka,” katanya. – MalaysiaGazette

5 Komen

  1. Ko tak.pyh nk fitnah lh anjing dap…kmi bukn mcn puak2 ko..puak2 ko tu yg bhya drpd komunis..dap kafir harbi ini lh yg lbh bahya drpd komunis..ingat tu..di klntan tak pnh berlaku perkauman, hihi gelak lh aku dgr anjing2 dap tuduh pas n bn mcn tu…tggu dah lihat je,kami akn tdang anjing2 dap ni dlm pru15 nnti…

  2. Dah tercirit ke ko Lim gone end???? Babitul ko nie… Statement ko ni dah Kira menghasut… Pemuda UMNO dgn PAS sila buat laporan polis

  3. Ibarat kan lu duk kl hujan kat langlawi lu pakai rain coat apa hal….satkat ni lah berapa org pkr berapa org besatu berapa org pan yg di lantik jadi ceo,dan lain jawatan dlm syarikat glc ….bleh lu cakap.

  4. Penyakit SARS yang berasal dari babi telah mula nak menjejaskan keharmonian negara. Fitnah dan spekulasi menjadi senjata SARS

  5. Bagus la kerajaan didominasi Islam, sebuah agama yang lengkap, punyai undang2 makanan yang jelas, undang2 perniagaan, segala undang2 kehidupan yang sangat lengkap!

    Jom semua orang Islam, kakitangan kerajaan, kakitangan swasta, polis, askar, orang2 bandar, orang kampung sama bersatu hati untuk bersama2 pembangkang/Muafakat Nasional dalam menumbangkan hancing dalam PRU15!

    Tak lupa juga untuk terus istiqamah #BMF!

Comments are closed.