KUALA LUMPUR – Konsortium Industri Rakaman Muzik Malaysia (IRAMA) menyelar sikap sesetengah artis yang menggunakan isu politik dalam persembahan mereka.
Presiden IRAMA, Ayob Abd Majid berkata, setiap orang bebas memilih parti masing-masing namun membawanya ke atas pentas adalah tidak sesuai.
“Saya berharap selepas ini tiada lagi pengiat seni tanahair terdiri dari penyanyi dan pelakon serta pelawak juga yang lain-lain janganlah bawa isu politik dalam industri hiburan tanah air.
“Tidak kira yang sokong kerajaan atau pembangkang, muzik ini universal dan muzik ini menyatukan manusia bukan menimbulkan perpecahan.
“Masing-masing ada pendirian, itu kita tidak boleh sekat tetapi mempolitikan muzik dan dunia hiburan itu sesuatu yang tidak sihat untuk negara,” katanya lagi.
Ayob berkata demikian merujuk kepada persembahan kontroversi Drama Band pada Anugerah Juara Lagu Ke-34 malam tadi yang mengaitkan kes melibatkan bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor.
Sebelum itu, pelawak Pak Ya yang dikatakan menyindir kerajaan sehingga digam dalam adegan lawak yang memperlekehkan kerajaan Pakatan Harapan baru-baru ini.- MalaysiaGazette
ARTIKEL BERKAITAN: