Home Ekonomi Stok sawit negara susut

Stok sawit negara susut

sawit
Gambar hiasan
Tarikh Kemaskini :
10/02/2020 03:20 PM

KUALA LUMPUR – Jumlah keseluruhan stok minyak sawit Malaysia susut 12.69 peratus kepada 1.76 juta tan metrik pada Januari 2020 daripada 2.01 juta tan metirk dicatatkan pada Disember 2019.

Dalam kenyataan hari ini, Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) berkata, stok minyak sawit mentah (MSM) berkurangan 17.13 peratus kepada 844,867 juta tan metrik pada Januari 2020 daripada 1.02 juta tan metrik sebelumnya.

Sementara itu, stok minyak sawit diproses merosot 8.11 peratus kepada 910,613 juta tan metrik daripada 991,017 juta tan metrik.

Pengeluaran MSM jatuh 12.60 peratus kepada 1.17 juta tan metrik pada Januari 2020 daripada 1.33 juta tan metrik pada Disember 2019, manakala pengeluaran isirong sawit merosot 9.79 peratus kepada 285,274 juta tan metrik daripada 316,240 juta tan metrik.

MPOB berkata, eksport minyak sawit berkurangan 13.20 peratus pada Januari 2020 kepada 1.21 juta tan metrik daripada 1.40 juta tan metrik pada Disember 2019, manakala eksport oleokimia jatuh 5.36 peratus kepada 245,340 juta tan metrik berbanding 259,242 juta tan metrik sebelumnya.

Eksport kek isirong sawit susut 10.70 peratus kepada 183,119 juta tan metrik daripada 205,071 juta tan metrik.

Bagaimanapun, eksport biodiesel bagi bulan di bawah kajian itu meningkat 23.85 peratus kepada 58,524 juta tan metrik daripada 47,252 juta tan metrik pada bulan sebelumnya.

Sementara itu, isirong minyak sawit naik 5.30 peratus pada Januari 2020 kepada 97,331 juta tan metrik daripada 92,431 juta tan metrik sebelumnya.

MPOB berkata, import MSM jatuh kepada 61.42 peratus kepada 29,298 juta tan metrik pada Januari daripada 75,933 juta tan metirk pada Disember 2019. – MalaysiaGazette