TERKINI : Dakwaan 95,000 Tempahan Hotel Dibatalkan Benar – MATTA

Persatuan Ejen-ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) mengesahkan dakwaan bahawa 95,000 tempahan bilik-bilik hotel di negara ini sudah dibatalkan ada benar.

Menurut Presiden MATTA, Datuk Tan Kok Liang, pembatalan itu disebabkan oleh Novel Koranavirus yang terjadi di China dan langkah kerajaan negara itu yang menghalang rakyatnya daripada melancong ke negara-negara lain.