GENEVA – Wabak baru koronavirus yang kini sedang mengancam China diberi nama Covid-19 oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).
“Kami menamakan penyakit ini iaitu Covid-19,” kata ketua WHO Tedros Adhanom Ghebreyesus kepada wartawan di Geneva.
Para penyelidikan menggunakan nama baru itu untuk mengelak kekeliruan dan stigma yang mengaitkan mana-mana kumpulan atau negara.
“Kita perlu mencari nama yang tidak merujuk kepada lokasi geografi, haiwan, individu atau sekumpulan orang dan jia perlu berkaitan dengan penyakit itu,” kata Ghebreyesus
“Memiliki satu nama penting untuk menghalang penggunaan nama-nama lain yang tidak tepat atau menyebabkan stigma. Ia juga memberi kita format standard untuk digunakan bagi sebarang wabak koronavirus masa depan.
Setakat ini lebih daripda 42,200 kes jangkitan itu disahkan di seluruh China.
Jumlah kes Covid-19 melepasi angka kematian akibat wabak pernafasan akut (SARS) di China pada tahun 2002-2003. – MalaysiaGazette