Home Seni Hidup Cara minta maaf yang ‘menganjing’, kata Datuk Vida

Cara minta maaf yang ‘menganjing’, kata Datuk Vida

Pengasas Vida Beauty, Dato' Seri Vida tidak dapat menahan perasaan sedih semasa sidang media mengenai saman malu terhadap Azwan Ali di Ancasa Hotel, Kuala Lumpur. foto HAZROL ZAINAL, 10 FEBRUARI 2020.

KUALA LUMPUR- Usahawan kosmetik, Datuk Seri Dr Hasmiza Othman yang lebih dikenali sebagai DS Vida menyifatkan permohonan maaf Azwan Ali yang dibuat dalam sidang media semalam tidak berjaya meredakan hasrat untuk meneruskan tindakan saman.

Katanya, di peringkat awal beliau telah memikirkan semula hasrat untuk menyaman Azwan bagaimanapun selepas melihat sendiri sidang media semalam ternyata baginya Azwan tidak ikhlas malah telah bertindak memerli beliau.

“Cara minta maaf yang menganjing,” kata DS Vida di laman Instagram hari ini.

Sebelum itu beliau juga menulis: “Selepas sidang petang semalam, daripada 90 peratus hati saya tak nak saman dia, sekali lagi tamparan terhadap saya  dengan kenyataan meminta maaf disertakan dengan perlian.”

Artikel berkaitan: Dato’ Sri Vida Saman Malu Terhadap Azwan Ali

Semalam Azwan yang menggelar dirinya Diva AA meminta maaf secara terbuka kepada DS Vida berikutan ciapannya di laman Twitter yang menghina DS Vida dan memuatnaik video yang menunjukkan beliau telah membakar minyak wangi yang dihadiahkan oleh usahawan kosmetik itu.

Perbuatan tersebut tambah mengguris hati DS Vida apabila Azwan mengaitkan tindakannya membakar itu dengan anak-anak usahawan kosmetik itu yang maut dalam satu kebakaran beberapa tahun lalu.

Menurut Vida, tindakan Azwan yang juga menghina fizikal anak perempuannya atau lebih dikenali sebagai Cik B serta dua anak lelakinya yang sudah meninggal dunia dalam kejadian kebakaran disifatkan sebaga perbuatan tidak sensitif.

Dakwa Vida lagi, menerusi video yang dikongsi di Twitter, Azwan turut membakar sehelai selendang serta dua botol minyak wangi pemberiannya yang bernilai ratusan ringgit. – MalaysaGazette

Artikel berkaitan:

Diva AA mohon maaf terbuka kepada Dr Vida

 

7 Komen

  1. Yg ni aku sokong kau vida… Kasi saman si sotong bermulut longkang tu… Kasi ajar dia cukup2 biar dia sedar diri tu sapa lah di muka bumi Allah ni.

  2. Betul aku pun sokong awak DV walau pun aku tak nak berapa suka dengan awak. Tetapi dalam hal ini maruah mesti dijaga. Kasi ajar itu manusia b***k, biar dia tahu langit tu tinggi ke rendah.

  3. Aku pon geram tengok dia buat live mohon maaf. Kalau macam itu bukan minta maaf namanye. Itu mohon perli la. Bongok punye AA. Macam tu ke seorang yg menggelar dirinye Diva?. Takde maruah langsung.

  4. Assalamualaikum DS Vida, knapa harus bersedih?
    Apa kah DS Vida sedih barang2 yg DSV veri AA dia bakar dn tak hargai?
    Sebenar nya DSV ..semua itu AA tak hargai pemberiaan dri Allah swt..DSV hnya menyampaikn saja.
    Tidak ada 1 pun milik kita. DSV telah terlupa apa yg DSV ada adalah milik Allah swt. DSV menangis kerana merasa barang2 itu DSV yg beri..DSV cheerup..dn utk AA he is not gratefull dgn pemberian dri Allah swt.
    Maaf kata kedua2 yg terlibat belom memahami ttg Ketuhanan…
    TIDAK ADA 1 PUN MILIK KITA, SEMUA YG ADA D DUNIA DN D LANGIT MILIK MUTLAK ALLAH SWT.

    WALLAHUALAM

  5. Sotong ni peradan diva. Mulut macam saluran kumbahan taik. Perangai busuk tak sama dengan anak-anak Pak Ali yang lain, mungkin dia ni anak pungut, orang tinggalkan kat tangga masjid Kg. Pasir Hulu Klang. Boleh dia bertekak dengan juara AJL34 baru ni, menghamun mencarut. Dia tu generasi lama yang nak pupus, mana nak kenal artis baru. Masa dia dah berlalu, elok bawa bertaubat dan duduk di tikar sembahyang.

  6. Azwan Ali ini salah seorang yang boleh dikategorikan insan berpenyakit mental. Dia ni sepatutnya ditempatkan di sebuah pulau yang tiada manusia sebab Azwan Ali ini tidak bertamadun dan berakal cetek. Dari dulu lagi dia ni seperti perempuan meroyan. Hidupnya seperti manusia tiada status agama.
    Inilah manusia berperangai SYAITAN.

Comments are closed.