Home Politik Saya lebih konsisten bela Melayu berbanding penyangak – Anwar

Saya lebih konsisten bela Melayu berbanding penyangak – Anwar

Datuk Seri Anwar Ibrahim
Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim berucap pada Persidangan Serantau Hidup Bersama Dalam Budaya Damai 2020 di Hotel Grand Bluewave, Shah Alam, Selangor. foto AFIQ RAZALI, 12 FEBRUARI 2020.

SHAH ALAM – Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui bahawa beliau sering dihentam teruk oleh segelintir masyarakat dan pemimpin parti Melayu kerana dikatakan tidak kuat membela nasib Melayu di negara ini.

Hakikatnya, kata Anwar, beliau lebih konsisten memperjuangkan nasib masyarakat Melayu khususnya membabitkan isu kemiskinan berbanding pemimpin Melayu yang disifatkannya sebagai penyangak.

“Saya boleh pilih untuk menjadi lebih pemimpin popular dalam kalangan penyokong saya.

“Untuk ini saya dihentam keras dalam kalangan beberapa kelompok masyarakat Melayu dan parti Melayu kerana mereka merasakan saya tidak kuat membela nasib Melayu.

“Dari segi bahasa, saya lebih konsisten daripada beberapa penganyak ini,” kataya pada Persidangan Serantau Hidup Bersama Dalam Budaya Damai 2020 di Hotel Grand Blue Waves, di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Anwar juga menegaskan, beliau lebih keras memperjuangkan nasib rakyat yang bergelut dengan isu kemiskinan khususnya di luar bandar.

“Isu kemiskinan majoritinya orang Melayu dan Islam di negara ini, termasuk kelompok-kelompok kecil masyarakat Cina di pinggir bandar dan India di ladang.

“Saya lebih keras, saya dipenjarakan dalam peristiwa Baling kerana isu kemiskinan rakyat,” katanya lagi. – MalaysiaGazette

1 Komen

Comments are closed.