KUALA LUMPUR – Dasar Automotif Nasional 2020 (NAP2020) akan dilancarkan oleh Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada 21 Feb ini di Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).
MITI berkata, kerajaan telah mempertimbangkan semua maklum balas yang diterima daripada industri serta peluang penambahbaikan yang dipelajari daripada Dasar Automotif Nasional sebelum ini.
“Bagi memastikan penyertaan positif berterusan dalam industri ini, kerajaan menekankan aspek sumber untuk menentukan aliran pemecutan teknologi seterusnya akan seiring dengan aliran pesat pengangkutan dan mobiliti, di samping membolehkan penerima gunaan teknologi tenaga bersih,” menurut MITI dalam kenyataan hari ini.
MITI berkata, kerajaan menumpukan jalinan strategik pembangunan dengan peserta industri ke arah meningkatkan pembangunan dan kapasiti tenaga kerja tempatan. – MalaysiaGazette