Home Ekonomi Pesara, lepasan graduan dipelawa sertai program BI1M

Pesara, lepasan graduan dipelawa sertai program BI1M

KUALA LUMPUR – Kementerian Kewangan sedang mencari pesara yang berminat untuk menjadi pelatih Program Bahasa Inggeris 1Malaysia (BI1M)

Lepasan graduan juga digalakkan untuk memohon sebagai tenaga pengajar bagi program yang sama.

Selain itu, mereka yang berminat kerja-kerja pentadbiran turut dipelawa untuk bekerja dengan Kementerian Kewangan bagi program tersebut.

Kementerian Kewangan berkata, mereka yang berminat untuk menyertai program BI1M boleh menghubungi talian 03-905 49247 atau email di [email protected] beserta butiran lengkap. – MalaysiaGazette