Home Ekonomi Harga minyak naik sedikit

Harga minyak naik sedikit

NEW YORK- Harga minyak naik pada Khamis apabila para pelabur berharap para pengeluar minyak terbesar dunia mengurangkan output berikutan unjuran penurunan permintaan daripada pengimport terbesar, China akibat COV-19.

Minyak mentah Brent mengakhiri dagangan dengan naik 55 sen kepada AS$56.34 setong manakala US West Texas Intermediate (WTI) ditutup dengan peningkatan sebanyak 25 sen kepada AS$51.42 setong.

Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) menuurunkan unjuran permintaan 2020 kepada 200,000 tong sehari dan mengharapkan kumpulan pengeluar dan sekutu-sekutu mereka yang dikenali sebagai OPEC+ mengurangkan lagi output.

Permintaan minyak di China yang merupakan pengguna minyak mentah kedua terbesar dunia menjunam disebabkan oleh sekatan perjalanan dan kuarantin.

Agensi Tenaga Nasional (IEA) menjangkakan permintaan minyak pada suku pertama jatuh buat pertama kali dalam tempoh 10 tahun sebelum naik semula pada suku kedua.

Agensi tersebut menurunkan unjuran pertumbuhan global sepanjang tahun kepada 825,000 tong sehari.- MalaysiaGazette

+ posts