KUALA LUMPUR-Kerajaan menghapuskan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dan menggantikannya dengan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) supaya cukai baharu itu dapat merangsang ekonomi.
Namun malangnya, kesan tersebut terbukti tidak mampu bertahan lama.
Dengan itu Ketua Pegawai Eksekutif IDEAS, Ali Salman meminta kerajaan kali ini lebih berhati-hati dan berfikir secara mendalam sebelum melaksanakan sebarang pakej rangsangan ekonomi.
“Pelaksanaan SST adalah untuk merangsang penggunaan tetapi kita telah lihat (kesannya kepada ekonomi) tidak lama.
“Dengan itu, penting untuk kerajaan bertindak secara strategik dam mengenal pasti terlebih dahulu perbelanjaan daripada sektor manakah yang akan memberi sumbangan jangka panjang kepada pertumbuhan ekonomi.
“Sebagai contoh, jika dilihat kepada kadar pengangguran yang rendah dan penggunaan swasta yang stabil maka sebarang pakej rangsangn mestilah memberi keutamaan untuk meningkatkan pelaburan swasta.
“Apa yang lebih penting, sebarang keperluan rangsangan fiskal mestilah disusuli dengan komitmen terhadap reformasi struktur seperti membebaskan ekonomi daripada campur tangan tidak perlu kerajaan (unnecessary government interventions).
“Membelanjakan wang tanpa strategi yang jelas atau kestabilan politik pada jangka masa panjang, tidak membantu untuk jangka masa yang lama,” katanya hari ini.
Awal minggu ini, Menteri Kewangan, Lim Guan Eng mengumumkan kerajaan akan melancarkan pakej rangsangan ekonomi seawal-awalnya hujung Februari atau selewat-lewatnya pada minggu pertama Mac.- MalaysiaGazette
ARTIKEL BERKAITAN:
Inisiatif galak perbelanjaan domestik jadi fokus pakej rangsangan ekonomi