GENEVA – Ketua pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) Tedros Adhanom Ghebreyesus berkata vaksin pertama untuk Covid-19 dijangka dapat dihasilkan dalam tempoh 18 bulan, lapor agensi berita Xinhua.
Menerusi applikasi Twitternya beliau berkata, “ada banyak yang boleh kita lakukan bagi mencegah penularan dan bersedia untuk mengawalnya daripada terus merebak.”
Terdahulu pada satu taklimat akhbar beliau berkata, “sekarang kita memerlukan pelaburan untuk menghentikan wabak Covid-19,” sambil menambah menghasilkan vaksin dan terapeutik adalah agenda penting dalam penyelidikan.
“Kita bukan tidak berupaya untuk mempertahankan diri kerana sekarang terdapat banyak dasar dan langkah pencegahan dalam kesihatan awam,” katanya.
“Jadi kita perlu terus berusaha dengan menggunakan kelebihan yang ada bagi memerangi virus itu, sambil bersiap sedia untuk langkah jangka panjang,” tambahnya.- BERNAMA