Home MGNews TERKINI : Dua Mangsa Runtuhan Berjaya Diselamatkan, Kerja Binaan Dihentikan – Zuraida

TERKINI : Dua Mangsa Runtuhan Berjaya Diselamatkan, Kerja Binaan Dihentikan – Zuraida

Jabatan keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (DOSH) akan menjalankan siasatan segera berhubung kejadian bangunan tempat letak kereta enam tingkat dalam pembinaan yang runtuh kira-kira 3.30 petang tadi akibat hujan lebat melanda ibu negara.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin yang bergegas ke lokasi kejadian untuk memantau dan mendapatkan maklumat terperinci mengenai misi pencarian mangsa terperangkap berkata, sehingga siasatan selesai segala kerja-kerja pembinaandi tapak projek Kondominium The Address 2, Tamam Desa di sini akan dihentikan berkuatkuasa serta merta sementara menunggu siasatan kejadian.

Katanya hasil siasatan dan laporan penuh DOSH dijangkakan siap dalam masa sebulan lagi bermula esok.

“Esok saya akan merujuk insiden ini kepada Menteri Wilayah Persekutuan dan Jabatan Perumahan Negara dibawah KPKT.

“DOSH juga telah melawat lokasi dan mengambil bukti-bukti awal yang boleh membantu memulakan siasatan terhadap kejadian hari ini.