Home Nasional Covid-19: Tiada kes positif di Hospital Klang

Covid-19: Tiada kes positif di Hospital Klang

Gambar hiasan

KUALA LUMPUR- Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menafikan terdapat lima kes positif Covid-19 di Hospital Klang dekat sini berikutan satu video yang tular di media sosial semalam.

KKM melalui laman Facebook rasminya memaklumkan video berkenaan merupakan prosedur operasi standard (SOP), dalam menjalankan operasi mengesan kontak rapat.

“Tular video dengan dakwaan ada lima kes positif di Hospital Klang adalah tidak benar. Jangan berkongsi atau menyebarkan berita palsu ini,” menurut catatan itu.

Semalam, tular video berdurasi lima saat di media sosial yang mendakwa terdapat lima kes positif Covid-19 di Hospital Klang. – MalaysiaGazette