Home Dunia Tujuh termasuk 4 pegawai Iran terbunuh kejadian bom di Damsyik

Tujuh termasuk 4 pegawai Iran terbunuh kejadian bom di Damsyik

Israel melakukan bedilan kali ketiga dalam bulan ini.

ANKARA – Empat pegawai Iran antara tujuh terbunuh selepas Israel mengebom ibu negara Syria, Damsyik.

Serangan bermula pada Khamis malam sehingga Jumaat, menurut agensi berita.

Menurut Pemantau Hak Asasi Manusia Syria (SOHR) yang berpangkalan di London, memetik sumber tempatan, kejadian itu meragut nyawa tiga anggota rejim Syria, termasuk dua pegawai dan empat rakyat Iran.

Peluru berpandu Israel itu menyasarkan kawasan Lapangan Terbang Antarabangsa Damsyik.

Serangan dipercayai berlaku selepas pesawat kargo mendarat ke lokasi yang menjadi sasaran.Tidak dapat dipastikan “sama ada pesawat itu tiba dari Iran atau dari kawasan lain di wilayah Syria.”

Setakat ini, tiada sebarang pengesahan rasmi oleh pegawai Israel berhubung serangan itu.- MalaysiaGazette

+ posts