Home Politik Gerakan sudah bersedia hadapi PRU-15

Gerakan sudah bersedia hadapi PRU-15

Presiden Kebangsaan Parti Gerakan Rakyat Malaysia (GERAKAN), Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai bercakap pada sidang media selepas Mesyuarat Jawatankuasa Pusat di Menara PGRM, Cheras, Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 15 FEBRUARI 2020

KUALA LUMPUR – Menyedari situasi politik yang sering berubah, parti Gerakan kini sudah bersiap sedia menghadapi PRU-15 pada bila-bila masa sahaja.

Presidennya, Datuk Dr. Dominic Lau berkata, pihaknya sudah mengenalpasti kawasan mana yang hendak ditandingi.

“Latihan sudah diberi kepada calon-calon yang berpotensi.

“Belum finalise tapi kerana nampak situasi politik berubah. Kita tidak tahu bila parlimen akan dibubarkan,” katanya pada sidang media selepas Mesyuarat Jawatankuasa Pusat di Menara PGRM hari ini.

Bagaimanapun, jika dibubarkan, Dominic berkata, Gerakan sudah bersedia dan akan memanfaatkan waktu yang singkat untuk proses bertanding dalam pilihan raya umum.- MalaysiaGazette