Tun Daim Zainuddin berkata demikian semasa mengulas desas-desus pembentukan Pakatan Nasional melalui sokongan wakil rakyat Bersatu, UMNO dan Pas.
Daim berkata, fokus dan tumpuan tidak harus diberikan kepada desas-desus pakatan politik.
“Ia bergantung kepada Pas, UMNO dan parti pemerintah, tetapi rakyat mahu kerajaan yang padu, stabil dan kuat, yakni kerajaan yang dapat memperjuangkan kebajikan rakyat,” katanya kepada Sinchew Daily.
Daim turut menasihatkan kerajaan supaya menyelesaikan masalah dan mengotakan janji, bukan menolak tanggungjawab kepada kerajaan terdahulu.
“Kami harus bergerak ke depan dan terus menggerakkan pembangunan negara,” katanya.
Daim berkata, para menteri harus menunjukkan prestasi, terutamanya kerana ramai orang mengadu tentang menteri yang sombong dan ‘terputus hubungan’ dengan rakyat.
“Rakyat tidak akan percaya kalau menteri kata mereka terlalu sibuk hingga tidak boleh berjumpa.
“Memang betul ada protokol dan menteri juga sangat sibuk, tetapi mereka juga jangan lupa bahawa mereka dilantik pengundi dan perlu berkhidmat untuk rakyat,” katanya.
Dia ni ke dulu yang perbodohkan rakyat sebab ekonomi tak berkembang?
La ni mamat ni nak perbodohkan siapa pula?