Home Politik Harap TH bayar hibah, bonus 5% – Asyraf

Harap TH bayar hibah, bonus 5% – Asyraf

Dr Asyraf Wajdi Dusuki
Asyraf Wajdi Dusuki

KUALA LUMPUR – Pergerakan Pemuda UMNO menaruh harapan agar para pencarum yang terdiri 9.4 juta umat Islam di negara ini dapat menerima hibah dan bonus Lembaga Tahung Haji (TH) bagi tahun kewangan 2019 pada kadar sekurang-kurangnya 5%.

Ketuanya, Datuk Dr Asyraf Wajdi berkata, permintaan ini tidak keterlaluan memandangkan TH sudah banyak menjual aset dan hasil daripada penjualan aset umat Islam ini perlu dikembalikan kepada umat Islam.

Menurutnya, walaupun dividen Amanah Saham Bumiputera (ASB) tahun 2019 adalah paling rendah dalam sejarah, ianya masih berada pada kadar 5.5 peratus.

Artikel berkaitan:

Tabung Haji mampu bayar hibah lebih tinggi tahun ini

TH umum hibah 2019 tidak lama lagi

TERKINI : ‘Dividen Tabung Haji’ Akan Diumum Tak Lama Lagi!! – Mujahid Yusof

Lagipun, katanya, Menteri yang bertanggungjawab dengan TH telah memaklumkan bahawa kerajaan PH telah menggunakan dana sebanyak RM17.8 bilion untuk “menyelamatkan” organisasi itu, sekali gus menggambarkan kemampuan dana TH untuk memberi ganjaran adil pada pendepositnya.

Selain itu, kata Asyraf, kos sara hidup sudah meningkat sejak Cukai Barangan dan Perkhidmatan, cukai-cukai baharu dan kenaikan caj serta tarif dilaksanakan oleh kerajaan PH, oleh itu hibah yang lebih munasabah tinggi adalah amat diperlukan oleh pendeposit.

“Kesetiaan para pendeposit yang tidak berbelah bahagi perlu diganjarkan walaupun Hibah tahun lepas hanya 1.25 peratus.

“Kadar 5 peratus ‘yang diharapkan’ masih lebih rendah berbanding purata hibah dan dividen sebanyak 6.97 peratus dari tahun 2010 hingga 2017 masa Kerajaan Barisan Nasional,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Tambahnya lagi, sesetengah bank-bank tempatan pula masih menawarkan kadar faedah setinggi 4 peratus untuk simpanan tetap. ( https://sp.hsbc.com.my/tmd-adv)

Justeru, katanya, jika Kerajaan PH gagal mencapai hasrat dan harapan hibah TH 2019 sebanyak 5 peratus ini, Menteri terbabit perlu meletak jawatan kerana kegagalan beliau menjaga kepentingan dan kebajikan umat Islam sepanjang dua tahun berturut-turut. – MalaysiaGazette