TERKINI : Jumlah Pelancong ke Langkawi Dijangka Meningkat 20%

SUBANG – Kementerian Pelancongan, Budaya dan Seni (MOTAC) mensasarkan peningkatan sehingga 20 peratus jumlah pelancong tempatan ke Langkawi menerusi penerbangan dari Subang dan Pulau Pinang dari Februari hingga Jun ini.

Ketua Setiausahanya, Datuk Dr Noor Zari Hamat berkata, menerusi pakej pelancongan ‘The Best of Langkawi Discovery’ dengan kerjasama Tourism Malaysia dan syarikat penerbangan tambah murah, Firefly, sasaran 20 peratus mampu dicapai dalam tempoh lima bulan akan datang.

“Kita mengharapkan akan berlaku peningkatan sekitar 20 peratus daripada jumlah tahun lepas.

Sebagai contoh laluan Subang ke Langkawi pada masa sama, iaitu Februari-Jun tahun lepas adalah sekitar 4,000 orang “Pada kali ini, kita jangkakan masa sama peningkatan berlaku sekitar 20 peratus.

Begitu juga laluan Pulau Pinang ke Langkawi pada masa sama tahun lepas sekitar 6,300 orang.