KUALA LUMPUR – Hari ini tular satu video di media sosial memaparkan seorang doktor meninggikan suara terhadap seorang wanita yang datang untuk menerima rawatan.
Video berdurasi 28 saat itu menunjukkan doktor di sebuah klinik kesihatan kerajaan itu dikatakan memarahi pesakit yang tidak mahu menunggu gilirannya bagi mendapatkan rawatan.
Akibat dimarahi doktor berkenaan, pesakit itu bertindak merakam dan memuatnaik video berkenaan di media sosial.
Sebaik tular, netizen bertindak memarahi pemilik akaun berkenaan yang disifatkan tidak profesional dan bertindak di luar batasan.
Menerusi Facebook Suara Penjawat Awam, netizen rata-rata bertindak mengecam pelaku kerana memuat naik video tersebut.
Pelayar Facebook, Lilly Kay berkata, pelaku itu tidak seharusnya bertindak demikian biarpun telah membayar yuran pendaftaran sebanyak RM1.
Justeru itu, beliau menasihatkan agar pelaku pergi mendapatkan khidmat doktor klinik swasta sekiranya mahu perkhidmatan yang lebih cepat.
“U bayar RM1 tapi nak servis baik dan cepat? I suggest pi private clinik jela stakat flu dan cough tu ubat kat farmasi pon ada juai,” tulisnya di ruang komen.
Zamry Henry pula berkata, pelaku tidak seharusnya memuatnaik video berkenaan di media sosial semata-mata untuk popular dan diketahui ramai.
Tambahnya, pelaku seharusnya mendapatkan khidmat nasihat individu berwajib sebelum bertindak memviralkan video berkenaan.
“Rakaman pun separuh-separuh macam nak menipu..mana boleh nak viral videonye separuh-separuh macam tu, netizen bukan bodoh,” katanya lagi.
Mohd Alliph pula berkata, semua pihak harus bertindak rasional dan tidak membiarkan emosi menguasai diri masing-masing.
Katanya, sekiranya semua pihak bersikap profesional, maka insiden seperti itu tidak akan berlaku.
“Kita kalau pergi jumpa doc./nurse kat GH ni, kena cakap baik2, sopan2.. Kalau dia balas tak baik pun, kita balas lah yang baik. Kerja mereka sememangnya stress,” katanya di Facebook.
Malah, ada juga netizen yang menasihatkan agar doktor berkenaan mengambil tindakan undang-undang terhadap pelaku.
“Elok doktor samanĀ perakam, halang masuk semua hospital kerajaan padan muka dia. Dia tak tahu kerenah pesakit ni macam-macam, doktor bukan robot ada tahap kesabaran kalau banyak sangat songeh dapat maki lah,” kata Mohd Radzi Abdul Manap.
Kejadian dipercayai berlaku di Klinik Kesihatan Seremban, jam 7.10 malam. -MalaysiaGazette
Complaining and being the victim feedss the ego with moral superiority. Typical of the unconcious mind.