Pusat Punggutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) akan memperluaskan kauter pembayaran zakat di kompleks beli belah terbesar di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Wilayah Persekutuan Labuan.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutifnya, Ahmad Shukri Yusoff, kini pihaknya di peringkat kajian untuk mengenal pasti kompleks beli belah berkenaan sebelum menentukan berapa kaunter akan dibuka.
Kata beliau, langkah itu diambil sebagai usaha PPZ-MAIWP sempena Kempen Year End Zakat (YEZ) 2019 untuk memperbanyakkan kaunter pembayaran zakat, bagi memudahkan pembayar menunaikan kewajipan membayar zakat.