Biarpun Perdana Menteri menyatakan hasrat untuk melepaskan jawatannya selepas penganjuran Persidangan Anggota Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) 2020, Otai Reformis masih sangsi dengan kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad itu.
Setiausahanya, Abdul Razak Ismail berkata pihaknya tetap berpegang kepada persetujuan yang dicapai dimana jawatan itu akan dipegang selama dua tahun.
“Tidak kiralah Tun kata lepas APEC atau apa pun. Kita tidak boleh pegang kata-kata Tun. “Kita sangsi kerana selepas APEC ini mungkin ada Bola sepak Piala Dunia, nanti dia kata nak tunggu pulak.
Jadi ini tidak akan berakhir. “Akhirnya akan sampai habis penggal PRU14. Sampai ke tarikh itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak akan bersedia untuk menghadapi PRU15,” katanya kepada MalaysiaGazette.
Reformis tahi kucing dia, puak2 ko tak blh pkai lh…ko tggu lh katua sjubor ko tu..tal akn jadi pm lh..ko tggu lh …sjubor, bkas bnduan tak lyk jadi pm…reformis ngo bodoh n asik duk myalak tak tentu pasa je..
tun mahadir sedia serah jawatan pada bila2 masa yang disuruh oleh ph. dia buat jangkaan lambat kedepan supaya rakyat tidak menuduh dia lari dari tanggong jawab. maklumlah sekarang krisis dan ujian amat hebat. baik juga dia letak jawatan kerana arahan ph. dia boleh tenang dan tidak merasa bersalah kerana ingin lari dari tugas