Home Utama Pemimpin kena tunjuk kebolehan tinggi supaya tak dicabar – PM

Pemimpin kena tunjuk kebolehan tinggi supaya tak dicabar – PM

Gelagat Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali sambil diperhatikan Menteri Belia dan Sukan (KBS), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (dua kanan) dan Timbalan KBS, Steven Sim Chee Keong (kanan) ketika bergambar kenangan bersama para peserta MFLS pada Program Future Leaders School (MFLS) Tier 3 Tahun 2020 di Pusat Belia Antarabangsa (IYC), Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL, 19 FEBRUARI 2020

KUALA LUMPUR – Hanya seorang yang berani sahaja boleh menjadi pemimpin, kata Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Menurut beliau, seorang pemimpin juga perlu mempunyai kebolehan yang tinggi supaya tidak ada pencabar yang berani untuk merebut jawatan itu daripada tangannya.

“Pemimpin kena tunjuk kebolehan tinggi supaya tiada yang mencabar, tidak ada pihak lain yang cuba merebut kedudukan sebagai pemimpin.

“Di sini kita tekankan pentingnya mempunyai nilai-nilai yang akan memperkuatkan keupayaan kita. Antaranya ialah keberanian. Kita perlu berani berhadapan dengan cabaran,” katanya dalam ucaptama Program Malaysia Future Leaders School (MFLS) tier 3 2020 di Pusat Belia Antarabangsa malam ini.

Hadir sama isterinya, Tun Hasmah Mohd. Ali dan Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Tambah Mahathir, sekiranya Malaysia mempunyai terlalu ramai pemimpin, ia akan melahirkan masalah kepimpinan dan mereka akan lupa kepada tugas mereka sebagai pemimpin.

“Apabila pemimpin habiskan masa dan tenaga bersaing sesama sendiri, maka mereka akan hilang keupayaan menyaingi keterampilan untuk memimpin,” katanya.

Dalam pada itu, Mahathir berkata, adalah menjadi tanggungjawab rakyat untuk menjatuhkan pemimpin yang tidak baik daripada segi kepemimpinannya.

“Bila saya letak jawatan, ada pertukaran daripada segi pemikiran dan dasar disebabkan kepemimpinan baharu yang hendak perkenalkan cara tersendiri.

“Kemerosotan demi kemerosotan terjadi apabila pemimpin silih berganti, jadi kita tidak boleh jamin sesuatu dasar yang baik akan kekal walaupun wujud peralihan tampuk pemerintahan.

“Jika kita dasar yang diperkenalkan pemimpin itu tidak baik, maka menjadi tanggungjawab kita untuk jatuhkannya,” katanya ketika ditanya semas sesi dialog samada segala dasar yang diperkenalkan oleh kerajaan Pakatan Harapan (PH) akan diteruskan sekiranya ada kerajaan baharu memenangi pilihan raya umum akan datang.

Beliau berkata, PH tidak boleh memberikan sebarang jaminan bahawa segala dasar yang diperkenalkan akan disambung sekiranya berlaku pertukaran kerajaan buat kali kedua.

“Kita tak boleh nak jamin satu-satunya perkara yang baik itu takkan ditukar dengan pemerintahan baru. Tapi hendak tahu tidak pemerintahan mesti ditukar,” katanya lagi. -MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Menteri2 hancing, sebelum PRU14 semua nampak macam hebat, lepas jadi menteri rupanya bahlol2 belaka, bongok2 belaka, baghal2 belaka, ekonomi merundum, hutang negara bertambah2, aset2 TH semua dilelong, kos sara hidup meningkat tanpa dikawal selia, ramai yang sudah tidak punya pekerjaan!

Comments are closed.